Cara Cara

untung99.homes: Cara Buat Borang Google Forms Kehadiran Murid Attendance List Di Malaysia


Untung99 menawarkan beragam permainan yang menarik, termasuk slot online, poker, roulette, blackjack, dan taruhan olahraga langsung. Dengan koleksi permainan yang lengkap dan terus diperbarui, pemain memiliki banyak pilihan untuk menjaga kegembiraan mereka. Selain itu, Untung99 juga menyediakan bonus dan promosi menarik yang meningkatkan peluang kemenangan dan memberikan nilai tambah kepada pemain.

Berikut adalah artikel atau berita tentang Harian untung99.homes dengan judul untung99.homes: Cara Buat Borang Google Forms Kehadiran Murid Attendance List Di Malaysia yang telah tayang di untung99.homes terimakasih telah menyimak. Bila ada masukan atau komplain mengenai artikel berikut silahkan hubungi email kami di koresponden@untung99.homes, Terimakasih.

Dalam suasana pembelajaran jarak jauh (remote learning) sekarang ini, korang mungkin ingin tahu bagaimana cara mengurus kelas yang anda jalankan di atas talian.

Lebih-lebih lagi bagi guru-guru di Malaysia yang menggunakan Google Classroom. Jika anda menggunakan Google Classroom untuk mengurus kelas, atau Google Form, pengambilan daftar kehadiran murid mungkin menimbulkan masalah.

Jadi, bagaimanakah Google Forms merupakan alat yang baik untuk membuat borang kehadiran murid. Kami tunjukkan anda caranya satu per satu di bawah ini.


Cara Membina Google Form Kehadiran Murid untuk Tujuan Rekod Sendiri

Cara ini membantu anda membina senarai kehadiran maya. Kehadiran murid setiap hari direkod dengan mudah menggunakan Google Form dan ia akan secara automatik disusun menurut tarikh dan masa di dalam Google Sheets. Ini cara paling mudah buat borang Google Forms:

Bahagian 1: Bina Borang Kehadiran

  1. Buat Google Form yang kosong dan namakannya Borang Kehadiran. Jenis soalan yang ditetapkan secara default ialah soalan pelbagai pilihan (multiple choice). Untuk mengubahnya, tekan pada “Multiple choice” untuk membuka menu lungsur turun dan pilih “Multiple choice grid.
  1. Ini akan memberi anda satu set baris dan lajur. Anda mempunyai hanya satu soalan dalam borang ini, tetapi ia tidak perlu mengandungi soalan. Malah, hamparan senarai kehadiran akan menjadi lebih jelas jika anda memadam perkataan “Untitled Question” dan mengosongkan ruang di mana soalan seharusnya ditulis.
  1. Baris (iaitu pada sebelah kiri borang) adalah tempat di mana nama murid anda akan dicatatkan. Anda boleh menaip nama-nama itu secara manual jika anda suka, tetapi sekiranya kelas anda mempunyai bilangan pelajar yang ramai, maka menaip secara manual adalah tidak praktikal. Jika anda ada senarai nama pelajar dalam bentuk hamparan (spreadsheet) anda boleh tandakan (highlight) dan copy/paste senarai itu pada Google Form. Mudah, bukan?
Baris (iaitu pada sebelah kiri borang) adalah tempat di mana nama pelajar anda akan dicatatkan
  1. Lajur (iaitu di sebelah kanan) adalah tempat untuk menandakan status kehadiran murid. Gambar di bawah menunjukkan status hadir, tidak hadir, dan lewat. Anda boleh tambah status lain menurut kesesuaian.
Lajur adalah tempat untuk menandakan status kehadiran pelajar seperti “hadir” atau “tidak hadir”

Bahagian 2: Sempurnakan Borang Kehadiran

  1. Apabila selesai melengkapkan baris dan lajur, skrol ke bawah muka surat dan pilih opsyen “Require a response in each row”. Ini akan memastikan tiada murid yang tertinggal apabila anda mengambil kehadiran mereka.  
“Require a response in each row”
  1. Kemudian, klik pada menu tiga-titik pada sebelah atas bucu kanan dan tekan “Get pre-filled link”. Ini akan membawa anda kepada borang yang boleh diisi untuk merekodkan kedatangan.
  1. Sekarang kami akan kongsi satu tip yang berguna. Cuba bayangkan bagaimana susahnya jika anda perlu menandakan “Hadir” untuk setiap pelajar yang hadir. Dengan kemudahan yang akan dikongsi ini, anda tidak perlu berbuat begitu! Hanya tekan “hadir” pada setiap baris dan ini akan membolehkan “hadir” dipilih sebagai jawapan sedia ada apabila anda merekodkan kedatangan pelajar. Hebat, bukan?

Bahagian 3: Pastikan Senarai Kehadiran Anda Mudah Diakses

  1. Apabila berada di bahagian bawah senarai, klik pada butang “Get link”. Notifikasi yang menyuruh anda menyalin satu link akan keluar pada sebelah bawah bucu kiri layar.  
  1. Klik “Copy Link” dan anda kini memiliki borang yang akan anda lengkapkan setiap hari. Save link ini di tempat yang mudah anda cari. Sebagai contoh, buatlah ia sebagai bookmark dalam browser anda. Ini akan memudahkan anda mencapainya untuk digunakan setiap kali kelas atas talian diadakan.

Bahagian 4: Bagaimanakah Cara Melihat Rekod Borang Kehadiran yang Lepas?

Dengan borang yang telah anda bina, setiap kali anda mengisi kehadiran dan submit jawapannya, ia akan dihantar kepada dokumen Google Sheets yang ada padanya cap tarikh dan masa. Anda boleh mengakses hamparan spreadsheet ini dengan cara langsung daripada Google Drive anda. Atau, anda boleh pergi ke muka surat yang boleh diedit untuk Google Form dan klik pada “Responses”. Dari situ anda boleh terus pergi ke Google Sheet yang akan terus menerus mengemas kini dokumen tersebut apabila anda mengambil kehadiran setiap hari.


Ada dua kaedah bagaimana ini boleh dilakukan.  

Cara 1: Google Form Pendaftaran (Attendance) Guna Link & QR Code

Kaedah paling mudah ialah dengan membina borang pendaftaran Google Form dan minta para pelajar mengisinya pada permulaan sesi kelas setiap hari. Ini paling mudah, tetapi ia amat tidak digalakkan sekiranya anda mempunyai kumpulan pelajar yang nakal – mereka mungkin menipu dengan cara mengisi borang tersebut untuk rakan-rakan mereka yang tidak hadir kelas!

Cara 2: Daftar masuk/Daftar keluar (Check-in/Check-out) Google Form!

Kaedah ini digunakan guru-guru di luar negara, dan ia digelar borang daftar masuk (check-in forms). Ia satu kaedah yang kreatif dan menarik untuk memantau kehadiran pelajar, namun ia masih belum banyak digunakan di Malaysia.

Daftar masuk harian Google Forms merupakan satu cara yang dapat membantu memantau kehadiran pelajar setiap hari. Borang Check-In ini direka bentuk bukan sahaja untuk mengambil kehadiran, tetapi juga untuk memantau kemajuan dan emosi pelajar. Respon-respon yang diberikan boleh dikongsi dengan guru pakar pendidikan atau mana-mana staf sokongan yang berkenaan, contohnya guru kaunselor.

Selain maklumat asas pelajar seperti nama, kelas, dan nombor pengenalan pelajar, borang ini juga mempunyai bahagian di mana kemajuan pelajar boleh dipantau. Sebagai contoh, soalan-soalan berikut boleh dimasukkan:

  1. Bagaimanakah perasaan anda hari ini?
  2. Anda ingin maklumkan sesuatu kepada saya? Anda boleh ceritakan apa jua tentang hal sekolah atau hal lain kehidupan anda.
  3. Adakah anda berjaya menghabiskan semua tugasan untuk hari ini?
  4. Adakah anda perlu bantuan untuk memulakan tugasan?
  5. Apakah soalan yang ingin anda tanya tentang pelajaran sekolah setakat ini?

Contoh Google Form Kehadiran Murid Check-In Style: Muat Turun Sini

Pada penghujung hari, anda boleh menhantar Check-Out Forms (atau End Of Day Check-In Form) kepada pelajar. Borang ini di reka bentuk untuk menilai kemajuan pelajar apabila mereka menamatkan pelajaran pada sesuatu hari. Borang ini boleh mengandungi soalan-soalan seperti berikut:

  1. Bagaimanakah perasaan anda sekarang?
  2. Adakah anda merasakan bahawa anda telah lakukan yang terbaik hari ini?
  3. Bagaimanakah perasaan anda tentang tugasan hari ini? (Respons pelajar diberikan dalam skala linear seperti “Saya tidak faham apa-apa jua pun” kepada “Saya faham segala-galanya”)
  4. Anda ada perkara-perkara lain yang hendak disampaikan kepada saya? Beritahulah saya apa-apa tentang sekolah atau tentang kehidupan anda.

Contoh Google Form Kehadiran Murid Check-Out Style: Muat Turun Sini


Apa pendapat korang tentang borang yang unik ini? Kreatif, bukan? Beritahu saya pandangan anda untuk artikel how to make Google Form attendance list di bawah. Saya harap artikel ini telah membantu membangunkan borang kehadiran yang menarik untuk para pelajar anda! Selamat mencuba!