Cara Cara

untung99.homes: Cara Buat Google Forms Di Malaysia Contoh Templat dan Banyak Lagi


Untung99 menawarkan beragam permainan yang menarik, termasuk slot online, poker, roulette, blackjack, dan taruhan olahraga langsung. Dengan koleksi permainan yang lengkap dan terus diperbarui, pemain memiliki banyak pilihan untuk menjaga kegembiraan mereka. Selain itu, Untung99 juga menyediakan bonus dan promosi menarik yang meningkatkan peluang kemenangan dan memberikan nilai tambah kepada pemain.

Berikut adalah artikel atau berita tentang Harian untung99.homes dengan judul untung99.homes: Cara Buat Google Forms Di Malaysia Contoh Templat dan Banyak Lagi yang telah tayang di untung99.homes terimakasih telah menyimak. Bila ada masukan atau komplain mengenai artikel berikut silahkan hubungi email kami di koresponden@untung99.homes, Terimakasih.

Pengenalan kepada Google Forms

Walaupun ramai masih menggunakan borang kertas, anda boleh mencipta versi atas talian borang tersebut dengan menggunakan software seperti Google Forms. Dengan cara ini, anda boleh buat google form survey dalam masa beberapa minit sahaja!

Borang atas talian yang mudah membolehkan anda mengumpul RSVP, melakukan survei, dan memberi kuiz kepada pelajar. Peserta boleh diundang untuk mengisi borang anda melalui emel, pautan langsung, atau melalui media sosial.

Adalah amat menarik menggunakan survei atau kuiz yang sudah dimasukkan menjadi sebahagian daripada Google Forms. Anda boleh mencipta borang menurut kesesuaian yang anda sendiri tentukan. Maklumat daripada borang boleh dihubungkan kepada hamparan spreadsheet pada Sheets di mana jawapan akan direkodkan secara automatik. Dengan menggunakan hamparan spreadsheet, keputusan kuiz atau jawapan survei boleh dilihat dengan serta merta. Cukup menarik, bukan?

Mari belajar tentang Google Forms, cara buat borang guna google form daripada tiada kepada ada, ciri-cirinya, dan cara terbaik memanfaatkannya.

Cara Buat Borang Guna Google Form

Membina dan melaksanakan Google form amat mudah sekali.

  1. Mula-mula, pergi ke www.docs.google.com/forms untuk membina borang di dalam app. Untuk membina borang, tekan Blank atau pilih salah satu templet yang ada.
  1. Langkah kedua ialah, isikan tajuk dan huraian borang baru anda. Selepas itu, tetapkan bidang Google form supaya soalan-soalan boleh dimasukkan.
  1. Secara automatik, anda akan nampak kotak berisi soalan pelbagai-pilihan yang boleh anda ubah jenisnya dengan cara meng-klik Multiple Choice. Kemudian, anda akan nampak menu lungsur turun (dropdown). Di sini, anda boleh pilih format soalan yang anda mahu.
  1. Anda boleh juga tentukan tema templet menurut kesesuaian anda, contohnya, anda boleh tukar warna utama, warna latar, dan fon yang digunakan dalam borang.

Super Tips!

Plex Media Server juga boleh dimasukkan ke dalam komputer yang mempunyai pemprosesan yang agak perlahan tetapi anda mungkin mengalami beberapa masalah, bergantung kepada penggunaan anda.


Jenis Bidang Google Forms (Form Fields)

Terdapat 12 jenis bidang yang berbeza dalam Google Forms. Gunakan jenis bidang yang sesuai agar pengguna boleh menaip jawapan pada borang anda. Ini termasuk teks, jawapan pilihan, video dan foto.

1. Jawapan Ringkas (Short Answer)

Jawapan ringkas adalah jawapan yang mempunyai 500 watak atau kurang. Jawapan ringkas, seperti nama dan alamat emel, paling sesuai menggunakan bidang sebegini.

Selain itu, anda boleh tetapkan pegesahan data untuk jawapan-jawapan ini, termasuk nombor, teks, kepanjangan, dan ungkapan-ungkapan biasa! Ini memastikan anda akan mendapat jawapan yang bermakna apabila anda mengkehendakinya.

2. Perenggan (Paragraph)

Soalan perenggan adalah sesuai untuk jawapan yang mempunyai lebih daripada 500 watak. Ia tidak mempunyai had. Itulah sebabnya ia amat berguna untuk teks yang panjang.

Soalan sebegini berbeza daripada bidang jawapan ringkas. Hanya ada dua jenis pengesahan data – kepanjangan jawapan dan ungkapan biasa. Bidang ini amat sesuai apabila anda inginkan jawapan yang mendalam dan nota yang panjang.

3. Soalan Pelbagai-PIlihan (Multiple Choice)

Ini adalah bidang default untuk soalan-soalan baharu. Format pelbagai-pilihan membolehkan anda menyenaraikan beberapa opsyen dan pengguna bolehlah memilih jawapan yang paling sesuai bagi mereka.

Berdasarkan jawapan yang dipilih pengguna, mereka boleh terus dibawa ke seksyen berikutnya yang sesuai dengan jawapan yang telah diberikan. Anda boleh juga merombak jawapan supaya tidak akan berlaku apa-apa berat sebelah.

4. Kotak Pilihan (Checkbox)

Apabila sesebuah soalan mempunyai beberapa jawapan atau beberapa respon, kotak pilihan boleh digunakan. Ini agak serupa dengan jawapan pelbagai-pilihan, dan anda boleh menyenaraikan jawapan-jawapannya. Perbezaan yang ketara di sini ialah, pengguna boleh memilih seberapa banyak jawapan yang mereka mahu.

Anda juga boleh menetapkan pengesahan data supaya pengguna atau responden hanya boleh memilih bilangan respon yang tertentu sahaja.

5. Lungsur Turun (Dropdown)

Menu lungsur turun membolehkan anda memilih opsyen daripada beberapa opsyen yang diberikan. Anda boleh melihat semua jawapan dalam menu sekiranya anda menggunakan opsyen ini. Ia mempunyai kesemua opsyen sepertimana bidang pelbagai pilihan, termasuk lompatan ke seksyen lain serta opsyen untuk merombak jawapan. Di sini, jawapan adalah dalam format menu. Ini lebih untuk kegunaan anda (pencipta borang) dan bukannya pengguna kerana ia menjadikan borang lebih padat, dan ini sangat berguna di dalam kes di mana terdapat terlalu banyak pilihan jawapan.  

6. Muat Naik Fail (File Upload)

Ini amatlah berguna apabila borang digunakan untuk permohonan kerja atau untuk menghantar penyertaan bagi sesebuah pertandingan. Di samping itu, pemohon boleh memuat naik foto dan butir-butir peribadi (vitae kurikulum) untuk dipertimbangkan bagi sesebuah tawaran kerja kosong, contohnya.

7. Skala Garis (Linear Scale)

Ini membolehkan responden memilih satu set nombor pada skala daripada 0 atau 1 kepada 2-10. Ada juga terdapat label untuk opsyen tertinggi dan terendah. Anda juga boleh menggunakan emoji sebagai label (ini suatu ciri yang amat menarik!). 

Anda pasti akan menggunakan kemudahan ini dengan banyak untuk mendapatkan maklumbalas dan bagi survei yang berbentuk penilaian.

8. Grid Pelbagai-Pilihan (Multiple Choice Grid)

Mungkin ini merupakan bidang yang paling mengelirukan, kerana bidang ditunjukkan dalam bentuk senarai dan bukan dalam bentuk grid sebagaimana yang dilihat oleh pembaca. Soalan-soalan ditambah sebagai baris (row) dan opsyen ditambah sebagai lajur (column).

Bilangan baris dan lajur bergantung kepada anda, tetapi pembaca yang menggunakan penyemak imbas (browser) pada komputer meja atau yang menggunakan peranti mudah alih (mobile device) perlu menatal (scroll) dengan betul agar dapat melihat lebih daripada 6 lajur. Apabila anda hendak menetapkan soalan berbentuk grid, eloklah kalau anda sentiasa membuka preview borang tersebut agar dapat anda lihat bagaimana rupa borang tersebut pada pandangan pembaca. Tekan ikon berbentuk mata pada sebelah kanan atas dan patah balik untuk lihat perubahan yang telah anda lakukan.

Di samping menggunakan opsyen biasa yang mengkehendaki respon, grid membenarkan anda mewajibkan satu respon bagi setiap baris dan boleh juga menghadkan pengguna kepada hanya satu respon bagi setiap satu lajur.

9. Tarikh (Date)

Responden boleh meletakkan tarikh. Ini amat berguna untuk menjadualkan peristiwa seperti menetapkan temujani atau mencatatkan sesebuah aktiviti. Dengan menggunakan bidang tarikh, anda boleh meminta responden mengisi tarikh, bulan, tahun, dan juga masa, sekiranya anda mahu.

Format tarikh akan ditunjukkan dalam format default bagi lokasi anda. Sekiranya akaun Google Account anda ditetapkan pada lokasi US English, maka tarikh akan diformat sebagai MM/DD/YYYY; akaun UK English pula akan menunjukkan tarikh sebagai DD/MM/YYYY. Pengguna boleh lihat tarikh dalam format lokasi anda, melainkan sekiranya mereka log masuk akaun Google mereka sendiri, jadi, pastikan anda ambil kira perkara ini apabila mencipta borang.

10. Masa (Time)

Responden boleh menambah masa. Bidang ini membolehkan anda meminta tempoh masa dalam jam, minit dan juga saat. Ini suatu cara yang baik untuk mencatat jumlah masa yang diambil bagi sesebuah aktiviti.  

11. Imej (Image)

Anda boleh memuat naik sesebuah imej atau menggunakan pautan Google Drive. Ini membuatkan borang lebih menarik. Anda juga boleh menggunakan Google Image untuk foto, termasuk stok foto tanpa bayaran royalti dan imej-imej yang berlesen.

12. Video

Anda boleh tambah video YouTube pada borang anda dengan cara mencari video atau dengan memasukkan pautan.

Samada anda tambah imej/video atau sebaliknya, borang anda akan mempunyai tajuk dan huraian standard, termasuk opsyen untuk mengubah saiz, memainkan video, dan pilihan meletakkan imej pada bahagian tengah, kiri atau kanan (centered, left, right aligned).

Super Tips!

Plex Media Server juga boleh dimasukkan ke dalam komputer yang mempunyai pemprosesan yang agak perlahan tetapi anda mungkin mengalami beberapa masalah, bergantung kepada penggunaan anda.


Bagaimana Google Forms Boleh Meningkatkan Produktiviti (Seriously!) 

1. Melaksanakan Kuiz atau Penilaian Menggunakan Google Form:

Para guru boleh melaksanakan ujian untuk pelajar dengan menggunakan Google Form. Ini boleh digunakan bagi tujuan pelajaran ataupun kerja. Cukup berguna untuk melihat samada para pelajar benar-benar faham objektif kursus dan apa yang diajar secara amnya.

Super Tips!

Plex Media Server juga boleh dimasukkan ke dalam komputer yang mempunyai pemprosesan yang agak perlahan tetapi anda mungkin mengalami beberapa masalah, bergantung kepada penggunaan anda.

Beberapa jenis soalan boleh dipilih bagi tujuan ini, termasuk jawapan pelbagai-pilihan, jawapan ringkas, dan lain-lain lagi. Bagi kuiz, anda boleh tetapkan nilai titik dan jawapan betul bagi setiap soalan. Anda juga boleh menambah maklumbalas automatik untuk jawapan yang betul atau salah.

Anda boleh menggred soalan satu demi satu atau menggrednya dalam satu kelompok menurut soalan.

2. Laksanakan Survei Menggunakan Google Form

Anda boleh laksanakan survei secara percuma menggunakan Google Form. Survei yang anda bina boleh disimpan sebagai templet yang boleh digunakan berkali-kali di masa hadapan. Anda boleh tambah soalan, tajuk, huraian, imej daripada komputer anda ataupun daripada web, video daripada URL atau YouTube, dan tajuk kecil yang memecahkan survei menurut jenis soalan. Anda juga boleh menambah warna kepada borang survei menggunakan butang palet warna.

Jika anda sudah menghantar survei anda, klik pada tab Responses pada Google Form untuk melihat jawapan daripada responden. Apabila ada respon yang baru masuk, anda akan menerima notifikasi melalui emel. Dalam seksyen Summary, anda boleh lihat respon menggunakan carta bar atau carta pai sekiranya anda hendak lihat secara keseluruhan kesemua respon dengan pantas.

Anda juga boleh muat turun respon-respon sebagai fail CSV atau mencetaknya jika anda hendak menyimpan respon-respon itu untuk kegunaan masa hadapan.

Apabila anda tidak memerlukan respon baru, nyah-aktifkan survei dengan toggle butang Accepting Responses.

3. Customer Contact Form/Booking Form

Selain media sosial dan emel rasmi, pelawat mungkin handak cara yang mudah untuk menghubungi anda, dan borang kontak adalah opsyen yang terbaik.  

Amat mudah membina borang kontak Google Form. Anda boleh gunakan templet yang disediakan oleh Google, dan ini pasti membuat kerja anda lebih mudah lagi! Untuk mengumpul komen dan maklumat biasa seperti nama, nombor telefon, dan alamat emel, anda hanya perlu muat turun templet dan kemudian masukkannya ke dalam laman anda. Adalah lebih baik begini kerana semua data akan disimpan secara langsung ke Google Sheet untuk memudahkan anda melihat dan menyusunnya.

4. Mengumpul Maklumbalas

Anda boleh menggunakan borang ini untuk meminta maklumbalas daripada pelanggan berkenaan sesebuah produk atau perkhidmatan. Anda boleh juga menggunakannya untuk pekerja – ini amat sesuai selepas mengendalikan sesebuah bengkel atau latihan. Isikan borang anda dengan kotak lungsur turun dan jawapan pelbagai pilihan atau soalan perenggan untuk mendapatkan jawapan yang lebih terperinci.


Apakah Yang Bagus Sangat Mengenai Google Forms?

Google Forms adalah perisian kaedah bancian dan soalan. Anda boleh menggunakan fungsi ini menggunakan penyemak imbas (browser) anda.

1. Anda Boleh Mengakses Semua Borang Melalu Atas Talian

Anda tidak perlu untuk memasang Google Form di peranti anda kerana ia adalah aplikasi cloud-based. Cloud-based bermaksud anda tidak perlu memasang aplikasi di dalam peranti tetapi hanya menyimpan dengan selamat di server Google. Ini membolehkan anda untuk akses, mengubah dan mengurus semua borang di mana sahaja, bila-bila masa. Tetapi anda perlu ingat bahawa anda hanya boleh akses menggunakan browser melalui talian internet.

Google Forms sangat membantu bila peranti zaman sekarang kekurangan ruang.  Ia tidak menggunakan sebarang penyimpanan di dalam komputer bila anda menggunakannya. Tambahan pula, anda boleh menyimpan dengan selamat di Cloud. Jadi anda tidak perlu lagi menyimpan di dalam peranti anda.

2. Templat Yang Menjimatkan Masa

Kadang-kadang, kita akan membuang masa dengan bermula dari borang yang kosong. Jadi untuk penyelesaian masalah ini, kita hanya perlu gunakan templat yng sudah siap sedia daripada pihak Google. Apa yang ada perlu hanyalah memilih templat yang sedia akan dan hanya perlu mengisi beberapa ruang kosong untuk soalan berdasarkan kehendak anda dan siap! Anda sedia untuk ke langkah seterusnya. Senang kan?

Macam mana guna templat Google Forms? Pertama sekali, pergi ke https://docs.google.com/forms/ dan di atas page, anda akan lihat beberapa pilihan di bawah kategori Start New Form. Untuk senarai penuh templat, klik ke Template Gallery. Jika anda pengguna G Suite, dua tab akan muncul. Di dalam tab General, terdapat beberapa kategori.

  1. Kerja : permohonan kerja, permohonan tamat tempoh, maklum balas pelanggan dan lain-lain.
  2. Persendirian : informasi contak, permohonan RSVP, pendaftaran majlis dan lebih lagi.
  3. Pembelajaran : penilaian, kertas kerja, penilaian bidang, dan juga pilihan untuk membuat soalan yang baru.

Super Tips!

Plex Media Server juga boleh dimasukkan ke dalam komputer yang mempunyai pemprosesan yang agak perlahan tetapi anda mungkin mengalami beberapa masalah, bergantung kepada penggunaan anda.

3. Auto Save (Penyimpanan Auto)

Jika komputer anda tertutup atas sebab tertentu atau jika internet tiada,borang anda akan disimpan di cloud anda sendiri dengan kerja anda yang terakhir. Jadi, selagi mana anda mengubah borang tersebut, Google Forms akan simpan semua kerja anda sehingga saat akhir. Ini bermakna anda tidak perlu tekan di butang “Save” setiap masa.


Pintasan Papan Kekunci (Keyboard Shortcuts) Yang Anda Perlu Tahu Untuk Master Google Forms

Terdapat beberapa jalan pintas di papan kekunci untuk membolehkan anda melakukan kerja dengan cepat melalui penggunakan internet. Tiada beza bila berkaitan dengan Google Forms yang kita ingin lakukan. Di bawah adalah beberapa butang pintas yang anda rasa lega bila membuat borang di Google Forms.

Fungsi Keyboard Shortcut
Gerakkan kursor ke atas Ctrl + k
Gerakkan kursor ke bawah Ctrl + j
Tunjukkan senarai pintasan papan kekunci Ctrl + /
Cetak Borang Ctrl + p
Cari Dalam Borang/Fail Ctrl + f
Pratonton (Preview) Ctrl + Shift + p
Menu “Settings” Ctrl + e
Menu “Send” Ctrl + Enter
Masukkan Soalan Ctrl + Shift + Enter
klik dan hold Ctrl , tekan i kemudian i
Masukkan Tajuk dan Keterangan klik dan hold Ctrl , tekan i kemudian h
Masukkan Imej klik dan hold Ctrl , tekan i kemudian p
Masukkan Video klik dan hold Ctrl , tekan i kemudian v
Masukkan Bahagian klik dan hold Ctrl , tekan i kemudian b
Pindahkan Item ke Atas Ctrl + Shift + k
Alihkan Item ke Bawah Ctrl + Shift + j
Padamkan Item Alt + Shift + d
Buat Duplicate Item Ctrl + Shift + d

Untuk lebih shortcuts dan list penuh, sila klik sini.


Tips dan Petua General untuk Google Forms

Untuk lebih arif penggunaan Google Forms, kami telah menyediakan beberapa tips dan petua untuk membolehkan anda menggunakan aplikasi ini secara profesional.

1. Kolaborasi Secara Serentak

Hampir semua aplikasi G Suite ada kebolehan ini, dan Google Forms juga tidak terkecuali. Jika anda membuat borang dengan kumpulan anda, ianya masuk jika semua berkerja pada masa yang sama.

Langkah permulaan untuk penggunaan kumpuan anda, klik button tiga butang yang boleh didapati di atas skrin anda kemudian tekan “Add Collaborators”. Dan nanti akan ada pop up di skrin anda dan anda boleh memasukkan email mereka yang ada dalam kumpulan anda. Di satu bahagian “Get Link”, anda boleh mengubah sesiapa yang hanya dapat melihat atau siapa yang akan dapat mengakses untuk edit borang tersebut. Kemudian, klik “Copy Link” dan anda hanya perlu kongsi kepada kumpulan melalui email dan aplikasi lain.

2. Mengimport Soalan Google Forms Dari Templat Lain

Jika anda menghadapi banyak templat untuk melakukan beberapa borang, jadi anda boleh ambil soalan yang lazim di templat lain untuk menjimatkan masa. Google Forms membolehkan anda mengambil soalan dari borang yang lain kepada borang yang sedia ada. Ini adalah penjimatan masa, pengguna tidak perlu memasukkan input yang sama berulang kali. Di Form Builder menu, klik pada pilihan “Import Questions” dan ia akan tanya anda untuk ambil soalan dari borang yang mana.

Pilih borang di dalam editor menu, kemudian soalan akan muncul di bahagian kanan. Pilih yang berkaitan dan masukkan di dalam borang yang sedia ada.

3. Menampah Video Youtube Dalam Google Forms Anda

Sementara membuat borang, anda mungkin ingin menambah video dari Youtube untuk menyampaikan lebih maklumat. Nasib baik kita boleh terus memasukkan video terus dari Youtube ke dalam borang yang sedia ada. Klik pada butang video di bahagian bawah, cari Youtube Video atau hanya gunakan pautan url dan letakkan link video di ruangan. Video beserta dengan tajuk dan thumbnail akan muncul di google Form.

4. Menambah “Confirmation” Mesej (Mesej Pengesahan) Untuk Google Forms Anda

Adalah dinasihatkan untuk meletak butang confirmation message selepas pangguna selesai mengisi borang. Ini adalah praktis yang normal untuk pengiklanan dan bancian industri. Di bawah adalah beberapa langkah untuk membuat Confirmation Message di Google Form:

  1. Selepas selesai membuat borang, pergi ke settings.
  2. Klik pada presentation.
  3. Di sini anda akan ada pilhan untuk menmbahkan confirmation message. Anda boleh ubah dari pesanan yang sedia ada ke cara yang lebih mesra pengguna atau mengubah ke mesej yang anda kehendaki. Ini ada untuk mendekatkan kepada klien anda atau lebih kepada memnujukkan penghargaan kepada pangguna.

5. Berkongsi Repons Dari Google Form

Salah satu pilihan yang menarik di Google Forms ialah mempunyai kebolehan untuk berkongsi keputusan bancian atau undian dengan kumpulan anda. Cara untuk kumpulan anda akses keputusan tersebut:

  1. Di dalam Google Forms, klik More di bahagian atas kanan.
  2. Pilih Add Collaborators…
  3. Masukkan nama atau alamat email member kumpulan yang anda ingin berkongsi dan klik Send.
  4. Kesemua ahli kumpulan anda boleh melihat borang, hantar kepada orang lain, dan mereka boleh mengubah form dengan sendiri. Amat mudah!

Tulah panduan penuh kami mengenai cara nak create google form dan macam mana guna google forms secara general! Apakah cara favourite anda menggunakan Google Forms? Beritahu saya dalam komen di bawah. Sekian~